Wednesday 20 March 2013

kek keju untuk awak !

 
 
 
1


Hari semakin gelap,siang melabuhkan tirainya.Aku termenung keluar jendela mengenangkan dirinya yang hidup dalam kesunyian sambil menunggu kakaknya pulang dari bekerja.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng basikal milik kakaknya di hadapan rumah,segera aku tersedar dari lamunannya tadi.Aku melemparkan senyuman lebar untuk kakaknya yang baru pulang dari bekerja seharian.

Amboi,termenung jauh nampak?Tegur kakaknya sambil tersenyum.

Memang menjadi satu rutin aku la setiap petang menung.Syok ! Seloroh Hani sambil tersengih.

Kakaknya hanya mengeleng kepala melihat gelagat adik bongsu kesayangannya itu.Aku saja lah tempat untuk kakaknya meluahkan keluh kesah sehari-harian di tempat kerja.


Selesai makan aku hanya menonton televisyen bersama-sama kakak dan abang-abangnya.Itulah aktiviti mereka adik-beradik setiap hari di waktu malam.Hanya menonton televisyen sehingga lewat malam.

Hani !!

Terhenti sebentar aku menonton televisyen.Kenapa?soal Hani.

Kerja sekolah kau dah siap belum?Asyik tengok televisyen saja tak nampak pula kau buka buku ?Soal kakaknya pula.

Hmm..Yang lain semua sudah siap,Cuma……. Matematik saja yang belum buat sebab Hani tak faham lah.Esok saja lah tiru kawan.Jawab Hani sambil ketawa terbahak-bahak kerana jawapannya untuk meniru rakanya di sekolah esok.

Melekat tangan kakaknya di lengan aku dengan jeritan manjanya kerana sakit ditepuk oleh kakaknya sebab malas berusaha untuk mencari jawapan sendiri dan hanya tahu untuk meniru sahaja.




1






Seawal pukul 6.30 pagi lagi aku telah bangun untuk bersiap-siap ke sekolah.Kebiasaanya kakaknya yang akan mengejutkan aku bangun pagi agar aku tidak terlewat untuk pergi ke sekolah.

Setibanya di dalam kelas,Hani mengambil tempatnya dan mengeluarkan buku matematik untuk disiapkan sebelum cikgu masuk ke kelas.

Milah ! Pinjam buku matematik kau ? Aku nak tiru ! Ujar Hani selamba sambil pura-pura buat muka serius.

Nah ! Kalau salah jangan tunding jari pada aku ya.Pesan Milah sambil menghulurkan buku latihan matematiknya yang kemas rapi itu.

Aku pun mengambil buku itu tanpa segan silu.Tangan ligat meniru bulat-bulat apa yang Milah tulis,fikirnya asalkan latihan yang cikgu beri itu siap ! Betul atau salah lain cerita.

Sedang ligat aku meniru latihan itu,tiba-tiba terpandang seorang lelaki yang masuk ke kelasnya dengan membawa beg.Lelaki itu meletakkan begnya di kerusi lalu pergi ke kelas sebelah bersama ketua kelas aku.

Terhenti sebentar aku menulis gara-gara melihat lelaki itu. “Tu pelajar baru ke?putih!” katanya di dalam hati sebelum aku sambung menulis latihan itu.


Loceng berbunyi ! Menandakan waktu pembelajaran telah pun bermula.Semua pelajar masuk ke kelas masing-masing.Mataku tertancap pada muka pintu kelasku dengan niat untuk melihat lelaki tersebut.Selepas beberapa minit lelaki tadi pun masuk ke kelas aku dan duduk di tepi tingkap sambil berbual dengan rakannya.Hatiku mula berkata “ siapa dia ni?”

Sampai satu masa ketika kusyuk belajar, Milah kepoh memberitahu aku bahawa lelaki itu buka pelajar baru,tetapi pelajar yang bertukar kelas.Baru aku mengerti,tapi ! Aku masih tertanya-tanya kenapa aku tak pernah lihat dia di sekolah sebelum ini? Getus hatiku lagi.
Tapi aku tidak bertanya pada Milah, sudah pasti Milah akan fikir yang aku mahu  goda lelaki itu.




2




KRING!!!!!!!!

Loceng waktu sekolah tamat pun berbunyi bingit.Tiba masanya untuk pulang.
Aku pulang bersama-sama Milah kerana rumahnya berhampiran dengan rumahku.
Aku mengayuh basikal aku dengan selaju yang mungkin kerana perutku sudah bergendang irama syahdu akibat tidak makan di waktu rehat.


Selesai makan,aku menghempaskan tubuhku ke tilam aku yang tidak berapa empuk.Disebabkan terlalu penat dan cuaca yang panas membuatkan aku terlena seketika.

Ping !  Satu mesej masuk tertera pada skrin handsetnya.

Dengan malasnya aku membuka mata yang layu ini dan mengeliat sehabis mungkin kemudian mencapai telefon aku di atas meja belajar.

“ Hani ! jom keluar pusing-pusing taman dengan aku?Aku bosanlah duduk rumah.”

Mesej daripada Siti untuk mengajak aku keluar bersiar-siar.Dengan malasnya aku pun membalas mesej dia.

“Ok ! kau ambil aku di rumah.Aku tak rajin nak bawa motor.”Balas aku kepada Siti dengan berharap Siti juga malas untuk ambil aku di rumah.

Ping !!

“Ok ! aku datang lagi 10 minit.Tunggu depan rumah kau.” Jawab Siti.

Hampa ! Alasan aku malas untuk ambil dia di rumah tidak menjadi.Terpaksa lah aku ikutkan saja minah seorang ni.



Puas sudah pusing satu taman sampai minyak pun tahap kronik si Siti ni tetap mahu pusing lagi. “Weh ! Aku nak balik , nanti kakak aku marah balik lewat !” Tegasku.

“Ok ok . Aku hantar kau balik yer tuan puteri.” Balas Siti.


3






Apa terjadi seterusnya ? nanti kan mggu hadapan :) TQ

No comments:

Post a Comment